Monday, October 13, 2008

Dari Hawa untuk Adam

Adamku...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu, Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adamku..
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurga ku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan ak bertahajud bersama mu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah ak Yassin dan memahami Al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah ak dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Adamku..
Ajarilah aku agar menjadi isteri mu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkanlah aku dengan iman dan takwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolongla aku wahai Adam agar ak tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humaira Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimas Sa'diah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.












No comments: